Erra Fazira Pelik, Beras Jepun Bersaiz 'Sontot'

28 April 2016. 4.30 PM
18,878
Erra Fazira Pelik, Beras Jepun Bersaiz 'Sontot'

Pelakon Erra Fazira pelik melihat saiz beras Jepun yang kelihatan ‘sontot’ iaitu kecil dan tidak panjang berbanding dengan beras tempatan.

Melihat reaksi Erra, Chef selebriti popular, Adu Amran terus menerangkan tentang saiz beras tempatan dan Jepun secara profesional.

Menurut Chef Adu, beras Jepun lebih kecil berbanding beras tempatan kerana ia digunakan untuk membuat Sushi yang menjadi makanan ruji masyarakat Jepun.

 Menerusi episod ke-10 Dapur Dua Pintu malam ini, Erra teruja mendapat pelbagai tip dan cara-cara membuat Sushi bersama Chef Adu kerana makanan Jepun adalah kegemarannya.

Lebih menarik lagi, Erra turut membantu Chef Adu menggulung Sushi, tetapi dengan caranya yang tersendiri.

Mampukah Erra mengulung Sushi dengan baik? Adakah balutan Erra itu secantik wajahnya yang anggun dan manis?

Jadi, jangan lupa saksikan Dapur 2 Pintu setiap Khamis jam 9.30 malam di Astro Prima dan Maya HD.

Dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu. Muat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta  Suudu Facebook/OfficialSuudu.

Oleh Mohd Ishahrulddin Tahir


Artikel Berkaitan


Komen