Bocey, Joras Jadi Pilihan Penonton, Diramal Bakal Juara MLM 2016

29 April 2016. 4.46 PM
26,064
Zon Lawak
Bocey, Joras Jadi Pilihan Penonton, Diramal Bakal Juara MLM 2016

Dua ejen iaitu kumpulan Bocey dan Joras menjadi pilihan penonton sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) pada malam ini.

Menerusi video posting yang dimuat naik Astro Gempak di laman sosial Facebook dan Instgram, rata-rata penonton serta peminat MLM 2016 meneka Bocey atau Joras bakal memberi saigan sengit pada persembahan mereka di pentas akhir malam ini.

Sementara itu Rahim yang mewakili kumpulan Jorasketika dihubungi Astro Gempak berkata, kesemua peserta yang melangkah masuk ke peringkat final ini mempunyai kelebihan tersendiri.

“Terus-terang saya cakap apabila dah memasuki minggu final ini, apa-apa pun boleh terjadi kerana peluang untuk bergelar juara terbuka kepada semua peserta.

“Apabila saya lihat persembahan para peserta ketika rehearsal semalam, saya ada sedikit gentar. Serius, saya tak pernah rasa nervous macam ini.

“Apa yang saya boleh katakan, malam ini akan berlaku pertempuran sengit di antara semua peserta,” katanya.

Tambah Rahim lagi, Joras tidak menyangka kumpulan mereka menjadi pilihan penonton MLM 2016 sehingga disebut-sebut sebagai bakal juara.

“Alhamdulillah, gandingan Joras menjadi. Mudah-mudahan anda semua mengundi Joras jika mahu kami muncul sebagai juara MLM 2016,” katanya ketawa.

Malam akhir MLM 2016 bakal menyaksikan empat kumpulan iaitu Joras, Bocey, LOL dan Puteh berentap merebut gelaran juara.

Kesemua peserta telah diberikan dua tema untuk dipersembahkan pada malam ini, iaitu Bebas dan Muzikal.

Dua Chief lawak, Johan dan Sharnaaz (JONAS) turut ‘turun padang’ untuk memberikan kritikan dan komen kepada semua finalis.

Maharaja Lawak Mega 2016 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Layari www.maharajalawakmega.com.my untuk info lanjut.


Artikel Berkaitan


Komen