Terbit Filem Kisah Cinta Bersama Awie, Erra Mahu Jaga Sensitiviti

30 April 2016. 12.30 AM
27,621
Hiburan
Terbit Filem Kisah Cinta Bersama Awie, Erra Mahu Jaga Sensitiviti

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira mahu menjaga sensitiviti pihak lain jika perancangan untuk menerbitkan filem mengenai kisah cintanya bersama Awie menjadi kenyataan.

"Saya seorang yang fleksibel. Saya menyambut baik cadangan itu dan saya rasakan tiada halangan untuk menerbitkan filem yang berkisarkan mengenai kisah cinta kami.

"Namun begitu, filem tersebut mestilah menjaga sensitiviti pihak di sekeliling kami seperti keluarga dan sebagainya. Perkara tersebut amat penting supaya ianya tidak menyentuh perkara sensitif yang melibatkan mereka," kata Erra kepada Astro Gempak.

Tambah Erra, ramai yang menyambut baik cadangan Awie untuk menerbitkan filem mengenai kisah mereka berdua.

"Setakat ini, perbincangan secara lanjut belum lagi dijalankan. Ada juga beberapa pihak produksi sudah menunjukkan minat untuk menjalin kerjasama. Melihatkan maklumbalas peminat di laman sosial, rata-rata mereka positif dan menyambut baik rancangan untuk menerbitkan filem tersebut," katanya ketika ditemui di sidang media Bikers United for Charity baru-baru ini.

Dilantik menjadi duta bagi Bikers United for Charity bersama Awie, acara tersebut bakal berlangsung pada 22 Mei ini.

"Selain menjadikan aktiviti menunggang motosikal sebagai salah satu riadah wajib, para bikers  merancang sebuah program amal di bawah Bikers United Club. Menerusi program amal ini, kami akan mengumpulkan dana bagi lima rumah kebajikan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Diharapkan agar program murni sebegini mendapat sambutan orang ramai," katanya.

Untuk informasi lanjut mengenai program amal Bikers United for Charity, layari laman Instagram @klbikeweek atau @redgaragemalaysia.


Artikel Berkaitan


Komen