Noraniza Idris & L’Zzay Lancarkan Single #MohonTerasa

1 Mei 2016. 1.13 PM
8,548
Hiburan
Noraniza Idris & L’Zzay Lancarkan Single #MohonTerasa

Selepas kejayaan single ‘Joget Selfie Raya’ yang menjadi fenomena ketika sambutan Aidilfitri tahun lepas,penyanyi baru, L’Zzay kini kembali dengan single yang diberi judul #MohonTerasa.

Dengan minat yang mendalam terhadap irama tradisional sejak di bangku sekolah, dia telah menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan elemen R&B dan irama zapin bersama produser muda berbakat besar, Rudy Abdul Halim.

Apa yang menarik mengenai single ini, L’Zzay telah mempelawa Ratu Pop Etnik Malaysia, Noraniza Idris untuk turut bekerjasama dalam pembikinan lagu ini.

Dihiasi dengan lirik berunsur nasihat serta sindiran secara lembut yang dicipta sendiri oleh L’Zzay bersama penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya, lagu ini membawa maksud bibit-bibit dan kelakuan muda-mudi zaman sekarang yang ingin bercinta dan sedang hangat berkasih.

Dengan gandingan idea, suara dan penyampaian yang berbeza, lagu ini dijangka dapat menambat hati peminat muzik tempatan.


Artikel Berkaitan


Komen