Bermula pada 11 April sehingga 29 April lalu, JoHaRa telah mencatatkan sebuah sejarah tersendiri dengan menganjurkan sebuah pertandingan luar biasa.

Pengemudi rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA iaitu Johan, Haniff dan Ray telah bersiaran secara langsung di beberapa lokasi terpilih bagi meneruskan misi pencarian Juara JoHaRa selama tiga minggu.

Seawal jam 6.00 pagi, peminat telah berkumpul di lokasi terpilih untuk membuat pendaftaran sebagai peserta Juara JoHaRa. Semangat yang dipamerkan oleh masyarakat Malaysia untuk menceburkan diri dalam aksi cabaran sangat dipuji.

Tidak mengira bangsa mahupun peringkat umur, mereka yang hadir untuk merebut gelaran Juara JoHaRa ternyata sangat ‘sporting’. Pengunjung yang ada di sekitar lokasi juga turut memberikan sokongan kepada perserta-peserta yang terlibat.

Para selebriti yang ada pada setiap lokasi pilihan turut menggamatkan lagi suasana apabila mereka juga mecabar diri. Selebriti yang hadir memeriahkan lagi Juara JoHaRa seperti, Aisyah Aziz, Syamel AF, Firman AF, Sufi AF, Tasha Manshahar, Sabhi Saadi, Awi Rafael, Maya Karin, Ronnie Hussein, Bila AF, Sandra dan ramai lagi.

Antara lokasi yang menjadi pilihan Juara JoHaRa adalah seperti di NZ Curry House, Wangsa Maju pada (11 April), Petronas Solaris Serdang (13 April), UTC Sentul (15 April), Syed Bistro Kelana Jaya (18 April), Zie Mil Corner, Fakulti Komunikasi Pengajian Media , UiTM (20 April), Ziemil Corner Wangsa Melawati (22 April), Pangsapuri Anggerik Desa Pandan (25 April), Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang (27 April) dan lokasi terakhir di Pasar Awam Presint 8, Putrajaya (29 April).

Pencarian Juara JoHaRa telah berjaya mengupas bakat-bakat masyarakat Malaysia untuk melakukan beberapa cabaran lucu yang telah diberikan. Contoh cabaran-cabaran yang dilakukan adalah seperti mencabar orang ramai untuk membungkus nasi lemak dengan memakai sarung tangan gusti, meniup lilin sambil memakai topeng muka dan macam-macam lagi cabaran lucu yang telah diadakan.

“Pertandingan Juara JoHaRa telah dilaksanakan selama tiga minggu bermula 11 April hingga 29 April. Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar sambil beramah mesra bersama mereka.

“Kami teruja kerana sambutan Juara JoHaRa yang julung kali diadakan ini sangat meriah. Peminat menyerbu JoHaRa dan berebut-rebut untuk beramah mesra bersama penyampai kesayangan mereka,” kata Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas.

Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi ERA fm untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Seramai 9 orang pemenang dijulang sebagai Juara JoHaRa dan membawa pulang baucer tunai membeli belah bernilai RM 1000 di setiap lokasi.