Chemistry Siti Nordiana & Alif Satar Penyebab 'Dia Semanis Honey' Trending

4 Mei 2016. 3.10 PM
78,142
Hiburan
Chemistry Siti Nordiana & Alif Satar Penyebab 'Dia Semanis Honey' Trending

Keserasian dalam lakonan yang ditonjolkan oleh Siti Nordiana dan Alif Satar menjadi penyebab drama bersiri Dia Semanis Honey trending di laman sosial.

Drama bersiri terbaru arahan Michael Ang bersama Hadith Omar ini adalah karya adaptasi novel nukilan Dila Dyna dan mula ditayangkan pada 2 Mei lalu.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter, ramai penonton yang memberikan respon baik terhadap drama bersiri Dia Semanis Honey.

Kebanyakan penonton drama bersiri ini menggemari chemistry yang terjalin antara Nana dan Alif. Maklumbalas positif yang diterima membuktikan yang drama bersiri ini diterima ramai.

Walaupun pertama kali digandingkan dalam sebuah drama bersiri, mereka kelihatan tidak kekok dan berjaya membawa watak yang diberikan dengan cemerlang.

Selain Nana dan Alif, drama bersiri ini turut menampilkan Hairul Azreen, Nadya Syahera, Falisha Crossley, Dafi, Datin Nina Juren dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan drama bersiri Dia Semanis Honey, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam hanya di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Berikut merupakan antara respon peminat di laman Twitter:



Artikel Berkaitan