Zara Zya Menyorok, Tak Nak Jumpa Jaafar Onn

5 Mei 2016. 1.53 PM
53,129
Gaya Hidup
Zara Zya Menyorok, Tak Nak Jumpa Jaafar Onn

Pelakon Zara Zya menyorok di bawah dapur kerana tidak mahu berjumpa dengan penyanyi yang juga Chef Selebriti terkenal, Jaafar Onn.

Jaafar yang tidak tahu Zara sedang menyorok di set Dapur Dua Pintu, melatah dengan teruk apabila pelakon wanita tersebut menyergahnya secara tiba-tiba.

Walaupun terkejut disergah Zara, Jaafar terhibur dengan telatah hos belakang pentas Kilauan Emas Otai itu.

Sementara itu, Zara sempat menyakat Jaafar dan berkata, "Tu lah, tinggi sangat, kita menyorok bawah dapur pun tak nampak,".

Menerusi episod ke-11 Dapur Dua Pintu, Jaafar Onn telah berkongsikan tip untuk memasak resepi Nasi Berempah serta cara-cara menyediakan hidangan ala 'Shell Out' di rumah.

Jaafar menguji Zara dengan menyuruhnya membasuh beras, tetapi pelakon itu tidak kekok malah banyak membantu Jaafar menyediakan hidangan mereka.

Banyak lagi aksi menarik dan spontan Zara dapat dilihat dalam Dapur Dua Pintu yang malam ini, oleh itu jangan lupa untuk menonton jam 9.30 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135).

Dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu. Muat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta  Suudu Facebook/OfficialSuudu.

Oleh  Mohd Ishahrulddin Tahir


Artikel Berkaitan


Komen