Miss K mendapat perkhabaran yang dalam diam-diam, pelakon kacak, Saharul Ridzwan bakal mendirikan rumah tangga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, tarikh keramat Saharul bakal disatukan dengan pasangannya adalah pada 16 September 2016, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia.

Tambah sumber tersebut, wanita bertuah yang menjadi pilihan hati Saharul bukanlah aktres Mia Ahmad yang sebelum ini pernah digosipkan dengan Saharul.

Gadis yang dikatakan bakal menjadi suri hati Saharul adalah daripada kalangan orang biasa sahaja, bukanlah seorang selebriti. Gadis tersebut sudah mengenali Saharul sebelum jejaka itu terlibat dalam bidang lakonan.

Dengarnya lagi, majlis perkahwinan Saharul dan bakal isterinya bakal diadakan di Putrajaya dan mereka telah memilih royal blue sebagai warna untuk tema perkahwinan mereka.

Jika benarlah perkhabaran yang Miss K dengar ini, Miss K sangat gembira untuk Saharul. Tahniah Miss K ucapkan kepada Saharul dan bakal isterinya.

Kalau cerita yang Miss K dengar ini sekadar khabar angin semata-mata, Miss K harap Saharul lekas-lekas bertemu jodoh. Bukan apa, pastinya ramai peminat di luar sana tidak sabar menantikan Saharul bersanding di atas pelamin sebagai raja sehari!

Miss K: Makin lama makin suka chemistry yang ditunjukkan oleh Siti Nordiana dan Alif Satar dalam drama bersiri Dia Semanis Honey.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!