Perjuangan Tahfiz Muda Haneef dan Amin Berakhir

6 Mei 2016. 11.44 AM
11,948
Salam Muslim
Perjuangan Tahfiz Muda Haneef dan Amin Berakhir

Tahfiz Muda Haneef dan Amin terpaksa menerima keputusan juri apabila diumumkan sebagai peserta  tersingkir pada minggu ke-empat.

Penyingkiran Tahfiz Muda Haneef, 8, dari Kuala Lumpur bagaimanapun sudah dijangka kerana sering berada di kedudukan terendah di Persada Tahfiz Muda.

Tahfiz Muda Amin, 9, pula terpaksa berpisah dengan kembarnya, Tahfiz Muda Amir yang akan meneruskan perjuangannya.

Pengumuman penyingkiran itu dilakukan Imam Muda Asyraf.

Peserta diadili tiga juri tetap, iaitu Ustaz Zamri selaku juri Tajwid, Ustazah Sharifah Khasif selaku juri Tarannum/Kreativit dan PU Hafiz sebagai juri Hafazan.

Pada minggu ke-empat ini setiap peserta diminta memilih salah seorang juri yang bakal mengalunkan ayat Al-Quran dari surah tertentu sebelum disambung oleh Tahfiz Muda.

Para peserta juga telah diberi tugasan untuk mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran yang berkisarkan tentang hari kiamat.

Istimewanya, segmen khas dari Ustaz Zul Ramli sempena sambutan Isra’ dan Mikraj turut dipaparkan.

Teruskan menonton Persada Tahfiz Muda pada setiap Khamis jam 9 malam, di Astro Oasis (saluran 106) untuk menyaksikan siapa di antara enam peserta bakal bergelar juara.


Artikel Berkaitan


Komen