Di konsert keenam Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini, enam peserta yang tinggal diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu duet bersama bekas peserta Ceria Popstar musim terdahulu.

Peserta kegemaran, Hazmil yang berasal dari Sarawak dapat menyanyikan lagu penyanyi kegemarannya yang juga juri Ceria Popstar, Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Kurik Kundi bersama Fikri, bekas peserta Ceria Popstar musim ketiga.

Namun begitu, di akhir konsert, Hazmil menitiskan air matanya. Kenapa penyanyi cilik ini menangis? Jika ingin tahu sebabnya, jangan lupa saksikan konsert keenam Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini.

Selain Hazmil, kumpulan Sistar bakal bergandingan bersama Erissa, bekas peserta Ceria Popstar 2 untuk menyampaikan lagu All About That Bass nyanyian asal Meghan Trainor.

Peserta berhijab, Jun pula akan menyanyikan lagu Beribu Sesalan dendangan asal 3 Suara bersama dua orang seniornya, Dayang, bekas peserta Ceria Popstar musim ketiga dan Masya, bekas peserta Ceria Popstar musim kedua.

Peserta kelahiran Perak, Aniq pula bakal menari dan menghiburkan penonton dalam suasana Bollywood apabila ditugaskan untuk menyanyikan lagu runut bunyi filem Dilwale, Gerua bersama Kasyika, peserta Ceria Popstar musim kedua.

Ceria Popstar yang dihoskan oleh Nabil Ahmad menampilkan Awie dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai juri tetap. Jangan lupa saksikan saksikan konsert keenam Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.