Tomok Rela Di Queen Control, Black Sayang Bini Bertempat

6 Mei 2016. 4.24 PM
33,585
Hiburan
Tomok Rela Di Queen Control, Black Sayang Bini Bertempat

Penyanyi Tomok sanggup di Queen Control isteri sementara Black mempunyai pandangan berbeza untuk menunjukkan rasa sayang kepada pasangan masing-masing.

Semuanya bermula apabila pengacara Sembang Teh Tarik Kaw (STTK), Datuk AC Mizal bertanya kepada Tomok tentang ‘postingnya’ memuat naik foto menggosok tudung isteri di Instagram.

Black yang turut merupakan tetamu undangan STTK episod pertama itu, terus mentertawakan sahabatnya Tomok dan mengiyakan penyanyi tesebut di ‘Queen Control ‘ isteri.

Bagaimanapun, Tomok yang disakat AC dan Black memberitahu dia sanggup menggosok tudung, lipat baju dan cuci rumah kerana sayangkan isteri dan anak-anak.

“Kita sayang isteri, sayang anak sebab tu kena tolong mana-mana yang patut. Semua saya sanggup buat,” katanya ketawa.

Sementara itu bagi Black, jika sayangkan isteri kena bertempat dan seorang suami perlu bijak memberi arahan.

Untuk menyaksikan gelagat Black dan Tomok berdepan soalan ‘maut’ dari AC, jangan lupa untuk menonton STTK pada setiap Jumaat, bermula jam 10 malam ini di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD (134).

Menariknya STTK berbanding tiga musim Sembang Teh Tarik sebelum ini ialah beberapa segmen menarik bakal menghiburkan penonton sepanjang 1 jam bersiaran.

Segmen-segmen tersebut ialah AC-Car-Ok, Wow, Prank Kow-Kow, Chit Chat Y’all, Lawak One On One, Wa Cabar Sama Lu dan Showtime.


Artikel Berkaitan


Komen