Bakal bersiaran pada 7 Mei ini, Projek Bliss® Transformasi Diriku telah menyenarai pendek lapan orang peserta untuk meraih gelaran ‘Bintang BLISS®’ yang pertama.

Program realiti serba baharu terbitan Astro Radio dengan kerjasama NESTLÉ® BLISS® yang berkonsepkan Transformasi Diri atau Transformasi Diriku ini bertujuan untuk mencetuskan perubahan kepada cara rakyat Malaysia menjaga diri mereka sendiri agar lebih menumpukan kepada pemeliharan kesihatan sistem penghadaman.

Sepanjang lapan episod, para peserta akan memanfaatkan pengetahuan yang mereka pelajari daripada beberapa orang mentor untuk melepasi beberapa siri penyingkiran.

Lapan peserta yang bakal merebut gelaran ‘Bintang BLISS®’ ialah Sakinah Ismail, 23 (Kuala Lumpur), Sarah Menon, 23 (Johor Bahru), Jean Lim, 26 (Klang), Nurul Amira Nadrah, 26 (Pulau Pinang), Aina Wahida, 23 (Puchong), Ariel Cheong, 22 (Kuala Lumpur), Amy Nur Tinie, 20 (Ipoh) dan Ketty Natalia, 29, (Johor Bahru).

Sementara itu pelakon popular Siti Saleha ditampilkan sebagai hos dan kaunselor keyakinan diri selain ‘kakak’ kepada para peserta.

Selain itu Pakar Kecergasan Malaysia, Wong Yu Jin, serta personaliti kesejahteraan sensasi YouTube, Joanna Soh turut bertindak sebagai mentor.

Episod pertama program ini akan disiarkan di Astro Gempak pada 7 Mei 2016, manakala episod-episod baharu akan disiarkan pada Sabtu dan Ahad selama 4 minggu. Durasi setiap episod web adalah selama 5-7 minit.

Para peserta akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai lebih RM77,000, termasuk hadiah utama berupa percutian untuk 2 orang ke Paris, di mana salah seorang daripada mereka akan dimahkotakan sebagai ‘Bintang BLISS®’.

Terdahulu 60 peserta telah menghadiri uji bakat sebelum lapan finalis yang benar-benar layak dipilih untuk merebut gelaran ‘Bintang BLISS®’.

Maklumat lanjut mengenai Projek Bliss® Transformasi Diriku boleh didapati di http://bit.ly/1T4Vm2a

Astro Gempak kongsikan kepada anda aksi menarik para peserta ketika ujibakat yang berlangsung di Pusat Penyiaran Asia, Astro: