Luahan #TahfizMuda Tentang Ibu Buat Audiens Menangis

12 Mei 2016. 2.22 PM
32,179
Salam Muslim
Luahan #TahfizMuda Tentang Ibu Buat Audiens Menangis

Persada Tahfiz Muda minggu kelima menyaksikan ada audiens menitiskan air mata apabila melihat persembahan peserta-pesrta cilik ini.

Pada minggu ini, para peserta akan membuat bacaan Al-Quran seperti biasa di mana surahnya akan dipilih oleh audiens.

Lebih menarik lagi, menerusi episod Tahfiz Muda kali ini,para peserta akan melakukan sesi-soal jawab bersama juri tentang topik berkaitan ibu bapa.

Antara soalan yang ditanya juri ialah Jasa Ibu Bapa, Pengorbanan Ibu Bapa dan Cara Menghormati Ibu Bapa.

Melihat kepada kepetahan anak-anak kecil ini menjawab secara spontan, ada di kalangan audiens tersentuh hati dengan keikhlasan jawapan anak-anak kecil ini sehingga mereka menitiskan air mata.

Lebih menyentuh perasaan apabila, ada peserta yang menangis apabila diminta untuk berucap di depan ibunya sendiri.

Situasi sebak ini dapat anda tonton dalam Persada #TahfizMuda minggu kelima, malam ini di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) bermula jam 9 malam.

Hanya tinggal 6 peserta lagi yang tinggal untuk bersaing dalam #TahfizMuda, siapakah antara mereka yang akan terus melangkah ke peringkat seterusnya dan siapakah pula yang akan tersingkir?

Saksikan Persada Tahfiz Muda malam ini. #QurankuSahabatku


Artikel Berkaitan


Komen