Dapur 2 Pintu episod ke-12 pada malam ini bakal menyaksikan pemenang tempat ke-empat Gegarvaganza musim kedua, Nassier Wahab belajar cara-cara memotong sosej dengan betul bersama Chef Selebriti, Fikree.

Selain itu Nassier turut mengakui berdebar berada di dapur untuk menyediakan hidangan yang dimasak Chef Fikree.

Bagaimanpun Chef Fikree meminta Nassier supaya tidak bimbang kerana dia sedia membantu untuk kerja-kerja di dapur.

Nassier pula banyak bertanya kepada Chef Fikree tentang tip serta cara penyediaan masakan yang ingin dilakukannya itu.

Tetapi Chef Fikree tahu Nassier bukanlah 'zero' dalam bidang masakan, hakikatnya penyanyi popular itu tahu mengenai selok belok di dapur dari segi bahan-bahan, rempah ratus dan cara memotong.

Semua aksi Chef Fikree dan Nassier ini dapat disaksikan menerusi rancangan Dapur 2 Pintu yang disiarkan pada setiap Khamis jam 9.30 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (132).

Untuk episod ke-12, tiga jenis resepi akan dimasak iaitu Nasi Goreng Cendawan, Ayam Goreng Berempah serta Mee Hoon Sosej.

Menu kali ini lebih memfokuskan kepada penyediaan makanan anak-anak ke sekolah untuk dibawa bekal.

Untuk episiod ini, Nassier telah berkongsikan kepada penonton rahsianya untuk memasak Omelette yang sedap dan sukai oleh teman-temannya.

Kalau nak tahu, jangan lupa tonton Dapur 2 Pintu yang memberikan anda idea dan inspirasi untuk masakan anda buat keluarga mahupun rakan-rakan.

Dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu. Muat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu.

Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir