Penyanyi baru, Khai Bahar mendapat perhatian stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi sebuah program hiburan mereka yang berjudul Silet.

Dilabel sebagai suara emas, Khai mendapat perhatian program Silet setelah videonya yang menyanyikan semula lagu Ku Tak Akan Bersuara nyanyian asal Nike Ardila menjadi viral.

Menerusi program Silet itu juga, dua orang penyanyi Indonesia, Soimah dan Nia Daniati memuji kebolehan yang dimiliki oleh Khai.

Video Khai menyanyikan lagu Sudah Ku Tahu, Listen serta Aku dan Dirimu juga menarik perhatian program Silet dan sedutan video nyanyian Khai turut disiarkan dalam program tersebut.

Sebelum ini, video Khai menyanyikan lagu Memori Berkasih secara duet dengan penyanyi Siti Nordiana menjadi viral di laman sosial dan Khai kini telah berjaya mengikat kontrak nyanyian bersama NAR Records.

Berikut merupakan video sedutan program Silet yang disiarkan di RCTI: