Ahad ini Konsert Akhir Gempak Superstar bakal menyaksikan lima finalis iaitu Elizad, Sherry, Arja Lee, Nazim Othman dan Soffi Jikan berperang merebut gelaran juara.

Difahamkan lima finalis tersebut sedang sibuk membuat persiapan akhir untuk memantapkan lagi persembahan sekaligus membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton.

Buktinya, ramai peminat memberikan kata-kata semangat dan pujian kepada mereka melalui ruangan komen di Instagram (IG) finalis tersebut.

Bagaimanapun melihat kepada usaha gigih artis-artis kesayangan menghadiri sesi latihan, peminat mereka mula merangka strategi untuk melancarkan perang undian di media sosial.

Selain undian, pelbagai komen-komen menarik juga diberikan kepada Elizad, Sherry, Arja Lee, Nazim Othman dan Soffi Jikan sebagai sokongan untuk konsert akhir termasuklah dengan menggunakan ‘pickup line.’

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan kepada finalis Gempak Superstar: