Shah Rukh Khan Masih Anggap Diri Miskin, Walau Sudah Bergelar Jutawan

19 Mei 2016. 1.36 PM
71,825
Hiburan
Shah Rukh Khan Masih Anggap Diri Miskin, Walau Sudah Bergelar Jutawan

Aktor Bollywood, Shah Rukh Khan mengakui dia dan keluarga mengamalkan gaya hidup sederhana walaupun sudah bergelar jutawan.

Menurut bintang berusia 50 itu, gaya penampilannya di khalayak ramai dan layar perak sama sekali jauh berbeza dengan kehidupan seharian di rumah.

“Saya tidak pernah kagum dengan segala kejayaan yang telah dikecapi. Ianya agak janggal untuk katakan saya boleh dianggap seperti seorang fakir miskin walaupun peminat sering kali lihat SRK dengan pakaian mahal dan tampak hebat di dalam filem.

“Apa yang anda lihat atas tuntutan kerja sahaja. Hakikatnya saya mempunyai masa untuk berseronok atau menikmati wang hasil titik peluh saya sendiri. Kehidupan kami sekeluarga di rumah cukup sederhana,” katanya.

Jelas bintang filem Dilwale itu lagi, dia lebih menghargai masa yang terluang berbanding kemewahan yang dimiliki.

“Satu-satunya kemewahan yang saya inginkan sebagai seorang bintang terkenal adalah dengan menggunakan masa yang ada untuk bertemu peminat dan teman rapat saya,” katanya.

Terdahulu Shah Rukh Khan diumumkan satu-satunya selebriti di Bolllywood yang disenaraikan dalam individu paling kaya di India hasil bayaran yang diterima dalam pelbagai bidang yang diceburinya.


Artikel Berkaitan


Komen