Diana Danielle Selalu Ajak Muhammad Masuk Dapur

21 Mei 2016. 10.50 AM
101,482
Gaya Hidup
Diana Danielle Selalu Ajak Muhammad Masuk Dapur

Pelakon Diana Danielle akui dia dan anak sulungnya, Muhammad yang baru berusia 3 tahun melakukan aktiviti memasak di dapur sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Diana memberitahu ia merupakan aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka berdua apabila dapat memasak sesuatu hidangan bersama.

Menurut Dia a aktiviti tersebut juga antara salah satu cara mendidik anaknya mengamalkan cara pemakanan sihat dan berkhasiat.

Apakah kaitan aktiviti masakan dengan pemakanan sihat? Menerusi video khas Suudu di bawah, Diana akan menerangkannya lebih lanjut selain turut memberi 3 tips lain mengenai cara pemakanan sihat untuk anak-anak kecil.

Mengenai perkembangan lain, Diana bakal muncul dalam sebuah program masakan terbaru Eat Clean With Anis sebagai artis jemputan bersama hos dan chef Anis Nabilah pada hari Ahad, 7 malam, 22 Mei ini di Astro Bella (saluran 133) dan Mustika HD (saluran 134).

Muat turun aplikasi Suudu di IOS dan Android store untuk mendapatkan pelbagai resepi dan fungsi baru. Anda juga boleh berkongsi pengalaman kisah anda memasak menggunakan resepi yang ada di dalam Suudu.


Artikel Berkaitan


Komen