Aktres Bollywood, Kajol mendakwa semakin sukar mencari naskah filem yang lebih berkualiti kebelakangan ini.

Dipetik menerusi Bollywood Life, Kajol berkata dia semakin berhati-hati sekiranya menerima sebarang tawaran selepas kegagalan filem Dilwale di pawagam.

“Banyak perubahan yang berlaku dalam dunia perfileman di India sejak ke belakangan ini. Tidak kira jika anda pendatang baru atau yang lama, semuanya menghadapi perkara yang sama iaitu sukar untuk mencari naskah yang benar-benar bagus.

“Namun saya hanya memberi pengecualian sekiranya karya melibatkan suami, Ajay Devgan,” luah Kajol.

Kajol sebelum ini menyatakan kekecewaan selepas gandingannya dengan Shah Rukh Khan dalam filem Dilwale tidak meraih kutipan yang tinggi di pawagam.

Lebih mengejutkan, Kajol mengakui kesal apabila memilih Dilwale berbanding filem Durga Rani Singh arahan Sujoy Gosh yang mendapat sambutan hebat di India.