Enam Finalis #TahfizMuda Yakin Mampu Bergelar Juara

26 Mei 2016. 10.00 AM
28,579
Salam Muslim
Enam Finalis #TahfizMuda Yakin Mampu Bergelar Juara

Menjelang Persada Akhir Tahfiz Muda malam ini, debaran pasti dirasakan setiap finalis yang bakal memperdengarkan bacaan masing-masing. 

Menariknya kesemua enam finalis cilik Tahfiz Muda yakin akan bergelar juara dan mereka yakin dengan kemampuan yang ada pada diri sendiri.

Tahfiz Muda Syadril misalnya, secara jujur memberitahu Aqil merupakan pesaing utamanya disamping merasakan akan mendapat persaingan sengit daripada rakan-rakannya yang lain. 

Tahfiz Muda Amir pula berkata kemenangan akan menjadi miliknya sekiranya dipermudahkan Allah S.W.T. Bagi Amir, dia melihat Aqil dan Syadril sebagai rakan yang mampu memberi cabaran.

Sementara itu Tahfiz Muda Aqil turut yakin dia mampu mencatat kejayaan dan berjanji akan membuat persembahan yang lebih baik dari sebelum ini. Dia juga menganggap Syadril sebagai saingan utamanya.

Bagi Tahfiz Muda Anas, persembahan yang konsinsten setiap minggu merupakan kelebihan buat dirinya serta yakin mampu memberi saingan sengit kepada yang lain.

Soalan yang sama diajukan kepada dua peserta perempuan, Tahfiz Muda Fatimah dan Iman.

Kedua-dua mereka yakin bakal bergelar juara sulung Tahfiz Muda serta merasakan Aqil dan Syadril adalah saingan utama.

Keyakinan yang ada pada diri Tahfiz Muda ini pasti membuatkan Persada Akhir malam ini lebih menarik untuk kita ketahui siapakah pemenangnya.

Oleh itu jangan lupa, Persada Akhir Tahfiz Muda, jam 9 malam ini di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

#QurankuSahabatku


Artikel Berkaitan