Mee Dari Korea Bakal Jadi Tumpuan Di Karnival Laksa!

26 Mei 2016. 3.34 PM
9,698
Gaya Hidup
Mee Dari Korea Bakal Jadi Tumpuan Di Karnival Laksa!
Pengunjung Karnival Laksa Antarabangsa Langkawi 2016 (LILAC 2016 ) berpeluang untuk menikmati laksa atau mee daripada luar negara seperti China, Korea, Filipina, Thailand dan Indonesia.

Karnival bermula pada 27 hingga 29 Mei di Laman Padi, Pulau Langkawi itu juga dijangka menjadi tumpuan pengunjung yang mahu menikmati laksa dari luar negara.

Penambahan laksa dan mee dari luar negara di LILAC 2016 juga baru pertama kali diperkenalkan.

Bagaimana pun, karnival LILAC 2016 yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) ini masih meneruskan tradisinya dengan mengumpulkan semua jenis laksa dari seluruh negeri.

Selain itu, karnival LILAC pada tahun ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran empat chef selebriti iaitu Chef Joe, Datuk Dr Fazley Yaakob, Sheila Rusly dan Host Asian Food Channel, Sarah Benjamin.

Menariknya, Pertandingan Membuat Kerabu turut diadakan pada tahun ini untuk memperkenalkan juadah eksotik tersebut di kalangan pelancong yang mengunjungi karnival.

Seperti biasa, Pertandingan Memasak Laksa dibuka kepada tiga kategori iaitu terbuka, kreatif dan chef profesional.

Terdapat juga acara sampingan tradisional bagi mengimbau kembali permainan tradisi seperti pertandingan boling kelapa, kukur kelapa, main guli dan lain-lain.

LILAC 2016 bukan sahaja mempromosikan pelbagai jenis laksa, tetapi juga mempamerkan keunikan, kepelbagaian dan keharmonian budaya Malaysia kepada pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Pulau Langkawi.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan


Komen