Jun Diumum Juara Ceria Popstar 2016

28 Mei 2016. 1.07 AM
64,365
Hiburan
Jun Diumum Juara Ceria Popstar 2016

Finalis tunggal perempuan, Jun, telah dinobatkan sebagai juara Ceria Popstar 2016 yang diadakan secara langsung di Finas, pada malam Jumaat.

Jun atau nama sebenarnya Siti Junaidah Bekri yang berasal dari Sabah menerima hadiah berupa wang tunai RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Lebih manis Jun turut diumumkan pemenang Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius kerana mendapat undian SMS tertinggi.

Naib juara dimenangi oleh Rezza yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 dan trofi.

Manakala tempat ketiga milik Aniq yang menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama oleh kumpulan Wings, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.

Sementara itu Hazmil Hasnan yang sebelum ini menjadi peserta pilihan terpaksa berpuas hati ditempat terakhir dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 dan trofi.

Terdahulu, kesemua peserta berentap di pusingan solo yang bertemakan bebas sebelum dipilih ke pusingan Battle. 

Hadiah disampaikan Penaing Ceria Popstar, Datuk Aznil Hj Nawawi diiringi Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida.

Markah peserta diadili menggunakan format penjurian profesional sebanyak 50 peratus oleh Datuk Siti Nurhaliza, Zizan Razak dan Awie serta undian SMS 50 peratus.

Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016 bersiaran secara langsung di Studio Finas, Selangor bermula jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) dan Maya HD (135).


Artikel Berkaitan


Komen