Bekas peserta program realiti Raja Lawak musim ketiga, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir, 28, menerima bayaran mencecah enam angka selepas dilantik menjadi duta bagi produk bijirin susu kambing, Imourdex.

"Alhamdulillah, saya mengikat kontrak selama setahun dan bayaran yang diterima amat memuaskan. Saya bersyukur di atas rezeki yang diterima.

"Apa yang penting, saya telah mencuba dan mengamalkan produk ini sebelum bersetuju menjadi duta," kata Amir kepada Astro Gempak.

Mengakui yang rezekinya semakin murah selepas tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 baru-baru ini, Amir tidak mahu terburu-buru dalam bersetuju untuk dilantik menjadi duta.

"Jika saya hanya memikirkan mengenai duit semata-mata, pastinya saya akan terus bersetuju tanpa berfikir panjang. Namun begitu, saya sendiri enggan terlalu terburu-buru kerana produk ini bakal membawa nama saya, jadi saya mengambil keputusan untuk mencubanya.

"Selepas mencubanya, saya merasai keberkesanan dan khasiat produk ini. Isteri saya juga turut mengamalkan produk ini. Saya selalu mengalami masalah mudah lesu dan letih tetapi dengan mengamalkan produk ini, masalah tersebut semakin hilang," katanya lagi.

Anak kepada penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah, Ahmad Zaki Yamani turut dilantik menjadi duta cilik bagi produk ini. Lakukan carian 'Imourdex Milk Goat Cereal' di laman Facebook dan Instagram untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini.