Pengarah Michael Ang menyingkap misteri mengenai permainan wayang kulit yang diperbuat daripada kulit manusia.

Menerusi telefilem yang berjudul Kulit, Michael menggarap sebuah naskah baru di bawah slot Karya 12 yang bakal bersiaran pada mala mini.

“Telefilem Kulit menggandingkan Ellie Suriaty, Fizz Fairuz, Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Zaidi Omar, Puteri Balqis dan ramai lagi. Mengangkat tema seram, telefilem Kulit menjalani penggambaran di Kelantan,” kata Michael kepada Astro Gempak.

Merupakan pengalaman pertamanya mengarahkan pelakon ternama seperti Ellie Suriaty dan Nabila Huda, Michael cuba memberikan yang terbaik dalam telefilem kulit.

“Walaupun ianya merupakan satu karya yang agak berbeza, saya cuba untuk melakukan sehabis baik untuk Karya 12. Dalam pada itu, saya juga menyelitkan elemen-elemen komersial yang dapat menambat hati penonton. Saya mahu penonton mudah faham dan tertarik dengan apa yang saya ingin sampaikan,” katanya lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Kulit arahan Michael Ang yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti menggandingkan Ellie Suriaty, Fizz Fairuz, Nabila Huda, Sharifah Sakinah, Zaidi Omar, Puteri Balqis dan ramai lagi.

Kulit bersiaran dalam slot Karya 12, malam ini (Ahad), jam 10.00 malam, secara eksklusif di saluran Astro Citra (131) dan Mustika HD (134). Gunakan hashtag #Karya12 #Kulit untuk berinteraksi mengenai telefilem ini di laman sosial.