Chef Joe Tewaskan Datuk Fazley, Sarah Benjamin Dengan Laksa Coklat!

31 Mei 2016. 10.00 AM
77,262
Gaya Hidup
Chef Joe Tewaskan Datuk Fazley, Sarah Benjamin Dengan Laksa Coklat!

Juri Masterchef Malaysia, Chef Joe memenangi pertandingan memasak Battle of The Chef di Karnival Laksa Antarabangsa 2016 (LILAC 2016) pada petang Sabtu lalu.


Hidangan yang dinamakan Laksa Tangkapan Laut Sos Coklat Pedas telah menewaskan laksa disediakan Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob dan Host Asian Food Channel, Sarah Benjamin.


Pertandingan memasak di antara Chef yang dianjurkan Lembaga Pembanguna Langkawi (LADA) itu berlangsung meriah di Laman Padi disaksikan pelakon popular, Sheila Rusly selaku juri.


Saksikan visual yang dirakam ketika pertandingan berlangsung serta temubual rahsia resepi laksa Chef Joe yang dicampurkan dengan coklat:


Kesemua resepi mereka bakal berada di aplikasi SUUDU yang turut memuatkan pelbagai resepi yang menarik dan enak.


Muat turun aplikasi SUUDU secara percuma di telefon pintar anda.


Teks oleh Syafiqah Jalal

Video oleh Noorhirwan


Artikel Berkaitan


Komen