Rojer, Fitri, Jiwa, Elda Berentap Rebut Gelaran Juara Dangdut Star

1 Jun 2016. 5.14 PM
12,281
Hiburan
Rojer, Fitri, Jiwa, Elda Berentap Rebut Gelaran Juara Dangdut Star

Empat finalis Dangdut Star, Rojer, Fitri, Elda dan Jiwa bakal berentap di pentas akhir Dangdut Star yang bakal bersiaran pada malam ini.

Juara Dangdut Star pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta pakej percutian ke Sydney, Australia dan trofi.

Naib juara pula akan memenangi wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke Korea Selatan dan trofi manakala tempat ketiga pula bakal membawa pulang wang tunai RM15,000 beserta pakej percutian ke Bali, Indonesia dan trofi.

Pentas Gelek Akhir bakal bersiaran bermula 9 malam ini di Astro Prima (105) dan Maya HD (135) serta boleh ditonton secara langsung menerusi Facebook Astro Gempak.

Program tajaan Jamu Mak Dara ini menampilkan pelawak Tauke Jambu dan trio De Fam sebagai hos dan sistem pemarkahan peserta dibuat sepenuhnya oleh dua juri profesional yang dilantik iaitu Suhaimi Mohd Zain dan penyanyi Mas Idayu.

Dangdut Star yang mula bersiaran pada 27 April lalu merupakan sebuah program yang diadakan untuk mengangkat kembali martabat muzik dangdut selain mengembalikan zaman kegemilangan irama itu menerusi platform disediakan.


Artikel Berkaitan


Komen