Selepas enam minggu berentap di pentas Dangdut Star, Fitri atau Fitri Haswady, 26 telah diangkat sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.

Selain wang tunai, Fitri turut menerima hadiah berupa pakej percutian ke Sydney, Australia dan trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, penyanyi dangdut era 90-an, Elda atau Elda Susanty Abdul Malik, 34 bergelar naib Juara dan memenangi wang tunai RM20,000 serta pakej percutian ke Korea serta trofi.

Manakala tempat ketiga menjadi milik Jiwa atau Muhd Firdaus Mohd Mustapha, 21 membawa pulang wang tunai RM15,000, berserta pakej percutian ke Bali, Indonesia dan trofi.

Rojer atau nama sebenarnya Mohd Rozaidy Shukry, 29, terpaksa berpuas hati di tempat keempat yang memenangi wang tunai RM10,000 serta trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Farah Zainul diiringi juri tetap penyanyi dangdut terkenal tanah air Mas Idayu dan penulis lirik terkenal Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah.

Juara diumumkan hos pelawak Tauke Jambu dan trio De Fam.

Sistem pemarkahan peserta dibuat sepenuhnya oleh juri tetap berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Dangdut Star bersiaran selama enam minggu bermula 27 April setiap hari Rabu, jam 9 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Selain Fitri, Elda, Rojer dan Jiwa enam peserta lain yang turut memberi saingan dalam program Dangdut Star ialah tiga bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Felix (Felix Agus, 34), Zizi (Nurfazelah, 31) dan Aishah (Siti Aishah Bujang, 25).

Tiga peserta lain ialah Zarith (Zarith Shuhada Mohd Yassin, 25), Wanie (Azmahirwani Nordin, 26) dan Fiesha (Norerinafisha, 18).