Ujian Rasa Brownies: Selebriti Teruja Dengan Rasa Coklat Padat

5 Jun 2016. 10.19 AM
30,014
Gaya Hidup
 Ujian Rasa Brownies: Selebriti Teruja Dengan Rasa Coklat Padat

Brownies merupakan gabungan kek dan biskut yang berbentuk 4 segi dan amat popular pada sekitar kurun-19 di Amerika Syarikat serta Kanada.

Kini, peminat Brownies mempunyai peminat yang tersendiri dari seluruh pelusuk dunia.

Brownies mempunyai permukaan satu lapisan yang sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat karamel gula.

Kelainan juga terletak pada teksturnya yang lebih padat, lembab dan ketika dikunyah ia seperti mengunyah gula-gula lembut.

Ini adalah kerana, Brownies kaya dengan kandungan coklat dan gula, berbanding kek.

Harganya juga boleh dikatakan mahal kerana mengunakan coklat yang bermutu tinggi.

Baru-baru ini Suudu telah menjalankan ujian rasa kepada beberapa selebriti popular seperti Jep, Rahim dan Shuib Sepahtu, Shahrol Shiro, Feeya Iskandar, Dina Nadzir, Aishah Sinclair, penyampai radio Sinar fm dan Hitz fm, serta Hos Go Shop.

Ujian rasa pertama Suudu melibatkan Brownies dengan krim Nutella daripada tiga bakeri berbeza.

Kesemua selebriti yang telah dipilh secara rawak oleh Suudu, diminta untuk merasa ketiga-tiga  brownies (di label A, B, C) dan memilih brownies paling sedap mengikut citarasa mereka.

Menariknya ketika ujian dijalankan, ada selebriti yang teruja diberi brownies sehingga ‘terlupa’ sedang menjalani ujian rasa dan menghabiskan kesemuanya!

Tujuan ujian rasa ini diadakan adalah untuk menguji kepekaan rasa responden yang dipilih serta mencari Brownies terbaik di antara yang terbaik!

Untuk melihat aksi dan gelagat selebriti ketika dikejutkan dengan kedatangan krew  Suudu untuk Ujian Rasa: Brownies, serta Brownies mana yang menjadi pilihan mereka, saksikan video di bawah.

Sebelum itu, jangan lupa memuat turun Aplikasi Suudu di App Store (pengguna Apple) dan Google Play (pengguna Android), untuk mendapatkan pelbagai resepi masakan dan hidangan menarik serta tips-tips berguna berkaitan masakan.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram- @suuduasia serta  Suudu Facebook/OfficialSuudu.




Artikel Berkaitan


Komen