#Berikanmasa Menonton Program Menarik Astro Ramadan Ini

6 Jun 2016. 11.36 AM
18,631
Hiburan
#Berikanmasa Menonton Program Menarik Astro Ramadan Ini

Bertemakan #Berikan Masa, Astro menampilkan pelbagai seleksi program menarik sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Selain platform televisyen, Astro turut menyajikan barisan program yang bersesuaian dengan bulan yang mulia ini melalui radio, penerbitan, digital drama, aplikasi dan aktiviti komuniti (CSR).

Antaranya  kandungan Islam yang membawakan nilai-nilai positif seperti Ngaji Ustaz DonSalam DhuhaGeng Tahfiz MudaAl-KhannasTabayyun dan banyak lagi.

Tidak terlepas drama-drama bersiri hebat seperti  Assalamualaikum CintaCinta 11 Syarat, dan Imam Mudaku Romantik. Malah Astro bakal membawakan rancangan memasak  terbaik seperti untuk golongan wanita untuk idea juadah berbuka puasa seperti Resipi Memikat SuamiMasaklah Kau Ramadhan Ini dan Eat Clean With Anis.

Lebih menarik, Astro Gempak selaku portal rasmi tema #BerikanMasa akan membawakan program terbaik dan terkini seperti drama eksklusif Lebaran Akim & Stacy,Tips dan Trend terkini Hijbaster, Koleksi resipi dan tips memasak menerusi Suudu serta misi & perjalanan skuad #BerikanMasa sepanjang bulan Ramadan.

Berikut adalah seleksi program-program menarik sepanjang bulan Ramadan menerusi platform televisyen, radio, penerbitan, digital dan aplikasi yang bermula dari 6 Jun 2016:

ASTRO OASIS

NGAJI BERSAMA USTAZ DON

Bermula 6 Jun 2016 (Isnin), 8.00 pagi

Artis / Selebriti Terlibat : Ustaz Don

Ngaji Bersama Ustaz Don merupakan sebuah edutainment di bulan Ramadan yang menampilkan Ustaz Don Daynial sebagai hos berkongsi ilmu dan mengaji Al Quran secara interaksi bersama penonton. Pemilihan ayat Al Quran akan menjurus kepada kekeluargaan dan masyarakat berdasarkan tema sambutan Ramadan di Astro Oasis. Ustaz Don akan menyediakan ayat-ayat yang sesuai berkaitan dengan topik yang dicadangkan dan menekankan tajwid-tajwid utama yang ada didalam ayat yang dicadangkan itu dan memperbetulkan kesilapan bacaan yang lazim dilakukan.

SALAM DUHA

Program sedia ada di saluran Astro Oasis, 8.00 pagi

Artis / Selebriti Terlibat : Nur Syuhada

Salam Duha merupakan program bual bicara yang menjadi platform untuk menyampaikan berita / info Islamik dan aktiviti komuniti Muslim serata dunia serta mengupas dengan lebih lanjut aktiviti-aktiviti keagamaan juga produk-produk Islamik  yang menarik.

IMAM MUDAKU ROMANTIK

6 Jun 2016 (Isnin), 9.00 malam

Artis / Selebriti Terlibat : Lisa Surihani, Hisham Hamid

Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah.

ASTRO RIA

RESIPI MEMIKAT SUAMI

Bermula 6 Jun 2016 (Isnin – Khamis), 6.30 petang

Artis / Selebriti Terlibat : Jihan Muse

Kembali untuk musim ketiga, sebuah rancangan memasak yang dihoskan oleh Jihan Muse menampilkan artis tempatan memasak makanan kegemaran suami mereka untuk juadah berbuka puasa.

SEPAHTU – KISAH TAULADAN

18 Jun 2016 (Sabtu), 9.00 malam

Artis / Selebriti Terlibat : Sepahtu

Jep adalah ketua budak nakal di kampung dan melakukan kenakalan dan telah melanggar seorang lelaki tua dan menyebabkan lelaki tua itu cedera parah. Sewaktu sedang nazak, lelaki tua itu berpesan dan meminta Jep berubah menjadi insan baik. Selepas peristiwa itu, Jep bertekad untuk menjadi lebih baik dan secara sukarela menjaga kebajikan di sebuah surau dengan kebenaran Imam Shuib. Bagaimanapun, perubahan sikap Jep menyebabkan ahli-ahli kumpulannya marah dan membuat fitnah serta melakukan sabotaj sehingga Jep dibenci penduduk kampung. 

ASTRO PRIMA

CINTA 11 SYARAT

Bermula 6 Jun 2016 (Isnin – Jumaat), 6.00 petang

Artis / Selebriti Terlibat : Aqasha

Haziq yang mengambil kursus perniagaan separuh masa tidak perasan yang dia mula mengabaikan Rasya. Haziq berjanji dengan Rasya yang dia akan pulang ke kampong sehari sebelum raya namun dia telah terperangkap di rumah sendiri apabila Rasya terbawa telefon dan kunci rumah pulang ke kampong. Pelbagai usaha Haziq lakukan untuk melepaskan diri dari rumah sendiri namun tidak berhasil. Rasya yang sedih mula termakan hasutan Jaslene dan mula syak Haziq ada hubungan dengan Malini.

 MASAKLAH KAU RAMADHAN NI !!

Bermula 28 Jun 2016 (setiap Selasa), 9.30 malam

Artis / Selebriti Terlibat : Remy Ishak, Siti Nordiana, Raja Azura & Dato Shah Rezza

Program masakan yang menguji kecekapan tuan rumah (selebriti) memanfaatkan apa saja bahan masakan yang tersedia ada apabila mendapat kunjungan tetamu yang tidak dirancang.
Khas Ramadan ini menampilkan Remy Ishak, Siti Nordiana, Raja Azura dan Dato Shah Rezza.

ASTRO BELLA

EAT CLEAN WITH ANIS (ISTIMEWA RAMADHAN)

Bermula 12 Jun 2016 (setiap Ahad), 7.00 malam

Artis / Selebriti Terlibat : Anis Nabilah (Chef Selebriti)

Dalam kehidupan yang sentiasa sibuk, kita punya masa yang singkat untuk menyediakan makanan.  Tiada yang lebih sempurna jika kita dapat menyediakan hidangan yang pantas, sihat, seimbang serta berkhasiat. Eat Clean with Anis, rancangan masakan sihat pertama di Malaysia. Pelajari resepi baru yang sesuai untuk disediakan pada bulan Ramadan bersama Anis dan rakan-rakan selebritinya dalam mengamalkan gaya hidup lebih sihat. 

ASTRO CERIA

IMAN – i-KIDS

Bermula 6 Jun 2016 (Isnin)

Artis / Selebriti Terlibat : Rykarl Iskandar, Mia Sara, Wafiy, Ustza Yeop

Kisah sekumpulan kawan-kawan yang menghadiri kelas Fardhu Ain di surau kawasan kejiranan mereka. Saksikan telatah mereka yang mencuit hati tidak kira di dalam kelas atau kehudipan seharian mereka.

Digital Drama

LEBARAN AKIM & STACY

Minggu Kedua Ramadhan

Artis / Selebriti Terlibat : Akim & Stacy

Lebaran Stacy & Akim memaparkan fasa baru kehidupan bagi pasangan selebriti Stacy & Akim dalam 5 episod istimewa  Antara pengalaman yang bakal dipaparkan ialah pengalaman pasangan ini masuk ke rumah baru, pengalaman berpuasa bersama-sama, memberi bubur lambuk pada pengguna jalan raya, persediaan hari raya dan akhirnya sambutan hari raya bersama keluarga mereka.

Pengalaman Stacy sebagai seorang muaalaf dan isteri di dalam melalui bulan ramadhan dan sambutan aidilfiri semestinya menjadi satu lebaran yang bermakna kepada pasangan selebriti ini.

Aplikasi  : SUUDU

Kategori : Gaya Hidup / Lifestyle   

Anda  buntu nak masak apa untuk berbuka puasa? Gunakan aplikasi Suudu untuk resepi-resepi ringkas sepanjang bulan Ramadan. Berikan masa untuk mereka yang tersayang dengan hidangan yang menarik. Anda juga boleh mendapatkan cara-cara memasak melalui video untuk menggilap kemahiran anda dengan menggunakan aplikasi ini.

Muat turun aplikasi Suudu sekarang di App Store and Google Play Store secara PERCUMA. 

Aktiviti Komuniti (CSR)

Aktiviti: Kerja Gotong Royong di Bazar Ramadhan

Skuad Berikan Masa ini sebenarnya ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pekerja-pekerja Majlis Perbandaran kita meluangkan lebih masa bersama keluarga tersayang juga melakukan ibadah seperti solat Tarawikh di masjid mahupun di rumah. Selalunya, mereka akan membersihkan kawasan bazar selepas berbuka puasa.

Kadang-kadang, mereka mengambil masa berjam-jam lamanya untuk memastikan kawasan bazar tersebut bersih dan selesa untuk dikunjungi kita semua keesokkan harinya. Justeru, inisiatif ini sedikit sebanyak mahu meringankan tugas mereka dan memastikan mereka punya lebih masa untuk diri sendiri dan keluarga mereka.

 


Artikel Berkaitan


Komen