Pelakon Hisyam Hamid akui berasa gementar sebaik sahaja diberi tanggungjawab sebagai seorang imam sepanjang Ramadan ini.

Menurut Hisyam, walaupun ia sekadar lakonan dalam drama terbaru berjudul Imam Mudaku Romantik namun dia tetap tidak mengelak untuk merasa bimbang sekiranya watak tersebut dipertikai oleh masyarakat.

“Jadi ustaz adalah satu tanggungjawab besar dan bila ditawarkan untuk bawa watak ini, secara jujurnya saya takut.

“Takut kerana watak saya sebagai seorang ustaz moden yang memerlukan saya untuk membaca dan juga mengajar Al-Quran, betulkan Tajwid dan juga beri tazkirah dipertikai segelintir pihak.

“Risau juga sekiranya benda yang saya sampaikan itu kurang tepat lebih-lebih lagi bacaan Al-Quran, ialah perkara-perkara yang berkaitan dengan agama ini kita tidak boleh ambil remeh.

“Jadi saya suarakan kebimbangan itu pada pihak produksi dan mereka juga telah sediakan seoran ustaz untuk bantu dan memantau bacaan saya sepanjang penggambaran berlangsung.

"Bila ada ustaz yang pantau, saya rasa lega sedikit dan lebih berkeyakinan,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Hisyam juga memberitahu dia menerima watak tersebut kerana ingin mencuba sesuatu yang baru dan menjadi seorang pelakon versatil.

“Ini pertama kali saya bawa watak ustaz dan sebagai pelakon kalau boleh nak cuba banyak watak dan tidak terhad hanya pada satu.

“Saya mahu jadi versatile, rasa tak seronok jika orang nampak kita asyik berlakon watak sama saja.

“Lagi satu yang saya suka ialah bila kita bawa watak baru, banyak benda yang boleh belajar sebagai contoh dalam drama ini saya banyak belajar tentang bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga selok-belok agama dengan lebih mendalam.

Selain Hisyam, Imam Mudaku Romantik dibintangi oleh aktres Syatilla Melvin.

Drama adaptasi novel ini akan mula bersiaran pada hari ini (6 Jun 2016), setiap Isnin hingga Khamis, jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Maya HD (saluran 135).

Mulai 6 Jun jam 9 malam di Astro Oasis. Faham ada yg nak solat terawih, tekan je 'Record Series' settle masalah ? @samtilla #imammudakuromantik #hisyamelters #hisyamhamid

A video posted by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on