Sertai Uji Bakat Online AF 2016, Serlah Bakat Seperti Bila

9 Jun 2016. 11.46 AM
27,234
Hiburan
Sertai Uji Bakat Online AF 2016, Serlah Bakat Seperti Bila

Program realiti nyanyian popular Akademi Fantasia, kembali lagi pada tahun ini untuk mencungkil bakat-bakat baru di luar sana.

Sertai Uji Bakat Online Akademi Fantasia 2016 (AF 2016), dan siapa tahu anda bernasib baik seperti pemenang tempat ketiga AF 2015, Bila.

Penyertaan dibuka kepada warganegara Malaysia dan Singapura berusia 18 tahun sehingga 35 tahun dan hanya persembahan solo diterima.

Caranya mudah sahaja, videokan nyanyian anda yang berdurasi 1 minit, muat naik ke akaun Instagram masing-masing dan pastikan akaun aktif dan tidak diprivasikan.

Setiap video yang dimuat naik wajib disertakan dengan hashtag #BakatAF2016 dan hendaklah di tagkan kepada Instagram @AkademiFantasia.

Kesemua peserta yang mempunyai kualiti nyanyian terbaik dan memenuhi kriteria yang dicari akan disenarai pendek dan menyertai uji bakat melalui ‘fast lane’.

Uji bakat ‘fast lane’ ialah peserta yang terpilih dari #BakatAF2016 tidak perlu melalui uji bakat di ‘stage pertama’ sebaliknya akan ke ‘stage kedua’ secara automatik sebelum mara ke peringkat seterusnya.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Akademi Fantasia.

Hantarkan penyertaan anda bermula 9 hingga 24 Jun ini. Tunggu apa lagi, siapa tahu anda juga bernasib baik seperti Bila?

Layari Akademi Fantasia 2016 untuk maklumat lanjut.


Artikel Berkaitan