Dua muzik video lagu terbaru kumpulan EXO berjaya mencatat dua juta tontonan di laman YouTube dalam masa 14 jam dilancarkan.

Menerusi album terbaru mereka yang berjudul EX’ACT, kumpulan EXO melancarkan dua single sekaligus iaitu lagu Lucky One dan Monster beserta dengan muzik video.

Rata-rata peminat kumpulan EXO memberikan maklumbalas positif terhadap kedua-dua lagu dan muzik video ini.

Peminat juga turut meramalkan buah tangan terbaru EXO ini sebagai karya terbaik mereka sepanjang penglibatan dalam bidang nyanyian.

Menariknya, album EX’ACT ini merupakan album ketiga kumpulan EXO dan baru saja dilancarkan pada hari ini.

EXO memecahkan rekod menerusi album terbaru ini dengan meraih tempahan awal sebanyak 600,000 keping CD sebelum album EX’ACT dilancarkan.

Jom kita layan muzik video kumpulan Exo: