Selepas mencipta fenomena luar biasa, drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) bakal diangkat menjadi sebuah filem berjudul Jebat tidak lama lagi.

Menurut Ketua Unit Drama Premium Dan Filem Astro, Saniboey Mohd Ismail, BKATC yang pernah ditayangkan di Astro Mustika HD di bawa ke layar perak bersesuaian dengan sambutan hebat oleh peminat drama tersebut.

“Antara faktor BKATC difilemkan ialah kekuatan karakter Jebat dan Mastura yang dibawakan oleh dua pelakon hebat iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Kami melihat kepada reaksi positif peminat dan penonton yang merasakan gandingan mereka serasi dan sweet.

“Jebat bakal menjanjikan kelainan dan pelbagai kejutan luarbiasa kepada peminat filem tempatan yang sememangnya di nantikan oleh mereka di luar sana,” katanya ketika ditemui Astro Gempak ketika sesi pengenalan filem tersebut di Hotel Taiping Perdana, Perak.

p

Tambahnya, nama Jebat dipilih menggantikan BKATC kerana bersesuaian dengan jalan cerita filem tersebut.

“Bayangkan kekuatan karakter Jebat yang dibawakan oleh Sharnaaz Ahmad terima sambutan hebat sehingga peminat wujudkan hashtag mereka sendiri iaitu #jebatmas #jebat dan #teamjebatmas.

“Nama Jebat itu sendiri ada keistimewaan dan kekuatan tersendiri yang mampu memberi impak kepada peminat, penonton dan filem itu sendiri.

“Malah filem ini bakal membawa penonton untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan atau latar belakang Jebat yang tidak pernah didedahkan sebelum ini,” ujarnya.

Selain Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, filem Jebat terbitan Astro dan Pena Creative Pictures diarahkan oleh Jamal Khan turut menampilkan barisan pelakon seperti Peter Davis, Carmeen Soo, Sangeeta Krishnasamy, Idris Khan dan rama lagi.

Filem Jebat dijangka ke pawagam pada 2017.