Food Truck 'Cik Mak Pak Hang' Jual Nasi Lemak Western Di Restoran Datuk Fazley

10 Jun 2016. 5.04 AM
21,829
Gaya Hidup
Food Truck 'Cik Mak Pak Hang' Jual Nasi Lemak Western  Di Restoran Datuk Fazley

Chef Selebriti Datuk Fazley bakal muncul dengan tarikan terbaru di restoran miliknya Suka Sucre Bistro sepanjang Ramadan ini dengan menu terbaru iaitu Nasi Lemak western.

Istimewanya, Suka Sucre Bistro berkolaborasi dengan Cik Mak Pak Hang pengusaha perniagaan food truck yang cukup dikenali sekitar Nilai, Negeri Sembilan.

Menu Nasi Lemak Butter Chicken dan Nasi Lemak Chicken Wing dijual dengan harga serendah RM5 dan boleh didapati bermula Sabtu ini.

Pengasas Cik Mak Pak Hang, Elmi berkata nama unik Cik Mak Pak Hang berasal dari singkatan perkataan Nasi Lemak dan Pak Hang pula di ambil daripada jenama perniagaan makanan sahabatnya yang berniaga makanan barat.

"Dulu nak meniaga Nasi Lemak, saya cuba untuk mencari nama yang komersial dan catchy. Jadi saya singkatkan jadi Cik Mak dan gabungkan dengan nama kedai kawan saya.

"Saya teruja kerana Datuk Fazley sudi bekerjasama dengan kami dan ini merupakan satu penghargaan yang terbesar kerana diberikan peluang dan ruang untuk menjual makanan kami di restoran miliknya.

“Kami akan berada di Suka Sucre pada setiap Sabtu sepanjang Ramadan ini dengan membawa food truck kami ke sana. Pada hari-hari lain, kami berada di Nilai, berhampiran INTI College," katanya ketika ditemui Suudu.

Tambah Elmi lagi, idea untuk bekerjasama tercetus selepas Fazley berkunjung ke food truck Cik Mak Pak Hang  dan mencuba menu di sana.

“Fazley datang ke tempat kami dan selepas makan dia beritahu suka dengan masakan kami. Kami terkejut kerana dia terus tawarkan kami untuk bekerjasama," ujarnya.

Dalam pada Elmi turut memberitahu nasi lemak Cik Mak Pak Hang sebanyak 250 pek dijual kepada pelanggan setiap hari.

“Walaupun baru lapan bulan beroperasi, maklum balas yang diterima sangat positif. Kepada mereka yang ingin mencuba nasi lemak kami bolehlah luangkan masa datang ke Nilai dan Suka Sucre Bistro yang terletak di Cheras sepanjang Ramadan ini.

“Perkembangan terkini mengenai kami boleh dilihat di Instagram @cikmakpakhang,” katanya.


Artikel Berkaitan


Komen