Kolaborasi Astro Gempak Bersama Muslim Volunteer Malaysia Anjur Iftar Anak Yatim

10 Jun 2016. 12.53 PM
2,923
Hiburan
Kolaborasi Astro Gempak Bersama Muslim Volunteer Malaysia Anjur Iftar Anak Yatim

Portal hiburan Astro Gempak menjalin kolaborasi bersama sebuah badan bukan kerajaan NGO, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) menganjurkan sebuah majlis iftar bersama anak yatim, malam ini.

Majlis yang bakal diadakan di Restoran Al-Rawsha, Seksyen 7, Shah Alam ini bertujuan untuk meraikan kemeriahan bulan Ramadan bersama anak-anak yatim agar mereka bersama gembira dan dihargai.

Selain mendekatkan jurang antara anak yatim dan orang ramai, selebriti ternama seperti Awi Rafael, kumpulan Payslip, Ewal AF2015 dan Datuk Rafiena Ezanee Ramli bakal hadir dan memeriahkan majlis.

Seramai 80 orang anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim / Anak Miskin Klang dan Asrama Haluan Penyayang Shah Alam bakal menghadiri majlis ini.

Menariknya, majlis iftar bersama anak yatim ini diadakan menerusi tajaan orang ramai. Kutipan dana yang bernilai RM120 untuk seorang anak yatim adalah menerusi jualan meja dan tajaan selebriti tempatan, syarikat swasta dan orang awam yang terpanggil untuk menderma selepas membaca kempen yang telah di muatnaik di laman sosial Astro Gempak.

Kepada orang ramai yang turut ingin memberikan sumbangan, peluang masih lagi dibuka. #BerikanMasa untuk menyumbang menerusi akaun Maybank 56480 164 7699 (Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia) atau akaun CIMB Islamik 8602 5378 07 (Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia). Hubungi Yazid di talian 013-2556211 untuk informasi lanjut.



Artikel Berkaitan


Komen