Maher Zain Sentiasa Minta Nasihat Ulama Hasilkan Lagu

10 Jun 2016. 3.12 PM
9,505
Hiburan
Maher Zain Sentiasa Minta Nasihat Ulama Hasilkan Lagu

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Insya Allah, Maher Zain mengakui mengekalkan khidmat nasihat rujukan pakar agama dan para ulama untuk menghasilkan lagu dalam album ketiganya yang berjudul, One.

Maher Zain atau nama sebenarnya Maher Mustafa Maher Zain, 34, berkata, dia  sentiasa berhati-hati dengan setiap bait lirik ciptaannya untuk mengelakkan kekeliruan kepada para peminat dan pendengar lagunya di seluruh dunia.

“Alhamdulillah saya sentiasa menerima kerjasama yang baik daripada rakan-rakan ulama dan pakar agama yang mempunyai pengetahuan luas mengenai Islam.  

“Malah untuk album sebelum ini pun, saya akan mendapatkan nasihat daripada mereka bagi setiap lagu dan lirik saya kerana tidak mahu ia menimbulkan masalah di kemudian hari.

“Yang paling penting, karya yang dihasilkan adalah mengenai kecintaan terhadap IslamAllah SWT dan Nabi Muhammad SAW,” kata Maher Zain menerusi aplikasi ketika majlis pelancaran album terbarunya di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail.

Dalam pada itu, Maher Zain turut mengakui kekangan masa punca utama album One lewat berada di pasaran.

One mengambil masa dua tahun untuk disiapkan kerana saya sibuk menjayakan projek bersama pemuzik terkenal selain memenuhi undangan di luar Sweeden.

"Saya tidak mahu terburu-buru menghasilkan album ini kerana mahu beri yang terbaik dan tidak mahu peminat kecewa," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai album One, penyanyi kelahiran Lebanon itu gembira dengan sambutan yang diterima oleh peminat terutama menerusi aplikasi digital.

One menerima respon yang baik daripada para pendengar menerusi aplikasi iTunes Malaysia dan Indonesia. Mereka beri maklumbalas positif mengenai album tersebut dan gembira dengan lagu serta irik yang banyak memberi inspirasi selain menghiburkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada peminat yang sentiasa menyokong nama dan kerjaya Maher Zain sejak dari awal lagi.  Insha Allah lebih banyak material berkualiti akan dihasilkan,” katanya.

Album One memuatkan 15 buah lagu dengan beberapa kolaborasi bersama penyanyi terkenal antarabangsa seperti Atif Aslam, Mustafa Ceceli, Issam Kamal dan Amakhono We Sintu.

One diterbitkan dalam tiga vers iaitu Bahasa Arab, Turki dan Inggeris serta boleh didapati menerusi muat turun digital di iTunesAmazon dan secara streaming di Spotify dan Deezer serta boleh dibeli menerusi atas talian di inteammobile.com

Selain pasaran digital, album ini boleh didapati dalam bentuk cd audio dengan harga RM27.90 edaran Inteam Records Sdn Bhd.

 


Artikel Berkaitan


Komen