Pelakon Afiq Muiz seronok belajar memasak menu untuk bersahur bersama Chef Anis Anis Nabilah.

Keterujaan Afiq membantu Chef Anis terserlah ketika dia berada di dapur dalam program Eat Clean With Anis dalam episod kali ini.

Dari memotong bawang, hingga melecek pisang Afiq menunjukkan bakatnya di dapur sambil diperhatikan Anis.

Disebabkan tidak tahan melihat keenakan makanan yang disediakan Afiq sempat menjamah sedikit hidangan yang sedang dimasak Anis sebelum ia siap sepenuhnya.

Sementara itu, Anis dalam episod kali ini menunjukkan serta mengajar Afiq bagaimana hendak menyediakan hidangan sahur yang ringkas tetapi dapat memberikan tenaga sepanjang hari berpuasa.

Ingin tahu apakah tiga resepi yang berkhasiat untuk sahur namun enak serta mudah disediakan? Saksikan Eat Clean With Anis yang bersiaran setiap hari Ahad, jam 7.00 malam menerusi Astro Bella (Saluran 133) dan Mustika HD (134).