Acappan Nafi Peluk Islam

13 Jun 2016. 2.36 PM
31,296
Hiburan
Acappan Nafi Peluk Islam

Pelawak Acappan menafikan dakwaan memeluk agama Islam seperti yang diviralkan di laman sosial.

Menurut Acappan atau nama sebenarnya Samynathan Rethinan, 58, fotor-foto tersebut sewaktu dia menghadiri jemputan buka puasa Ahad yang lalu di salah sebuah surau di Salak Tinggi.

"Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu.

"Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam," katanya seperti dipetik menerusi portal mStar Online.

Jelas Acappan lagi dia menghadiri perbincangan mengenai agama selepas dijemput oleh seoran rakan yang mahu memperkenalkannya dengan seorang ulama Islam.

"Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan, katanya ingin bercakap soal agama dengan seorang maulana yang datang di surau itu semalam (Ahad).

"Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama," ujarnya.

Katanya lagi selepas foto tersebut viral, dia menerima pelbagai reaksi daripada rakan dan keluarga terdekat yang meminta penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini," katanya.

Dalam pada itu Acappan secara terbuka suka dengan agama Islam dan meminta semua pihak tidak menyebarkan berita tidak benar.

Terdahulu, pelakon Mustapha Kamal telah memuat naik foto dan video Acappan di akaun Facebook miliknya berserta entri yang merujuk pelawak veteran tersebut sudah bergelar saudara baru.

Entri tersebut kemudiannya mendapat perkongsian daripada rakan-rakan selebriti lain seperti Yassin SYJ, Jihan Muse dan ramai lagi.


Artikel Berkaitan


Komen