Che Ta Senang Hati Zain Masak Lauk Sahur Sendiri

17 Jun 2016. 1.51 PM
62,182
Hiburan
Che Ta Senang Hati Zain Masak Lauk Sahur Sendiri

Pelakon Rozita Che Wan akui suaminya aktor Zain Saidin lebih gemar untuk memasak lauk sahurnya sendiri.

“Saya beruntung sebab suami bukanlah seorang yang cerewet dan dia sukakan masakan yang ‘simple’ sebagai contoh ayam masak kicap dan udang goreng kunyit.

“Tapi sekarang disebabkan dia menjaga badan dan lebih fokus terhadap makanan kesihatan, masakan berlemak atau bergoreng memang dia tak makan.

“Yang dia suka ialah ayam panggang tapi yang bagusnya suami saya ni lauk dia memang dia yang masak.

“Saya cuma masak nasi beras perang untuk dia. Kita kalau hari-hari makan ayam panggang pun bosan juga kan? Tapi dia okay saja.

“Kalau saya, tak kisah la masak lemak ke, ayam goreng ke saya makan saja, tapi yang penting sahur dan berbuka saya memang kena makan nasi,” katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama Che Ta bertempat di Tesco Extra, Shah Alam baru-baru ini.

Mengulas mengenai kerjayanya, Rozita Che Wan, 43, atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta memberitahu dia telah memperlahankan aktiviti lakonan untuk memberikan tumpuan pada peniagaannya.

“Saya kini hadkan berlakon sebab nak beri fokus pada perniagaan dan juga program saya sendiri, Teh Tarik Che Ta.

“Saya dah mula ambil kelas untuk belajar mengenai selok belok perniagaan, saya tak nak lah nanti orang kata artis ini hanya tahu meniaga melalui Instagram saja. Bagi saya ilmu itu kena ada.

“Salah satu sebab lagi kerana saya mahu berikan lebih masa bersama keluarga. Kalau berlakon memang ambil masa yang lama.

“Anak-anak pulak terpaksa tinggal dirumah, kadang-kadang penggambaran ada yang  ambil masa sampai seminggu, nak tak nak tetap kena buat sebab itu komitmen.

“Kalau bekerja sendiri, kita ada pilihan sama ada mahu pergi (kerja) atau pun tidak, masa bersama anak-anak lebih penting,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Che Ta bakal muncul dengan program Teh Tarik Che Ta untuk musim ketiga.


Artikel Berkaitan


Komen