Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nuhaliza, kagum dengan individu yang tidak bersahur tetapi masih kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

“Saya adalah jenis orang yang kena bangun sahur, mungkin sebab dah dididik oleh ibu dan ayah dari kecil, jadi saya tak boleh kalau tak bersahur.

“Sebab itu saya rasa kagum bila ada orang yang tak bersahur tapi masih kekal bertenaga sehingga waktu berbuka.

“Rasa macam dasyatnya dia boleh tahan seharian, ini kalau saya ‘comfirm’ dah masuk angin dan pening kepala.

“Sebab saya harus bersahur, tak semestinya nak kena hidangan besar, cukuplah sekadar yang ‘simple’ saja.

“Kadang-kadang saya masak nasi goreng atau roti telur dan minum susu. Paling mudah saya makan bijirin, tak kisah apa pun janji bangun sahur,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.

Mengulas mengenai keistimewaan Ramadan buat dirinya, Siti memberitahu perkara yang paling ditunggu-tunggu ialah solat Terawih.

“Dapat lakukan solat Terawih bersama keluarga itu merupakan satu nikmat yang besar buat saya dan keluarga.

“Sibuk macam mana pun, saya pasti akan berikan masa untuk melakukan solat Terawih, perasaannya hanya tuhan saja yang tahu.

“Selain Terawih, perkara yang paling saya tunggu adalah waktu bersahur dan berbuka bersama keluarga. Duduk di dapur sambil menyediakan juadah bersama-sama itu pun dah buat saya rasa gembira,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti kini memperluaskan perniagaan produk kecantikkannya, SimplySiti menerusi sistem atas talian dengan kerjasama Amax Mall.