Pelakon Nora Danish menafikan laporan mengatakan kafe miliknya Kopi & XOXO yang dibuka bersama rakan kongsinya ditutup kerana tidak mampu membayar sewa.

“Bukan tak mampu bayar sewa tapi sebenarnya bangunan itu peniagaan utamanya bukan lebih kepada makanan.

“Jadi apabila butik Ramoda sudah tidak lagi beroperasi, kami terpaksa tutup sebab sebelum ini kafe kami hanya menumpang pada lot kedai butik tersebut.

“Kami rasa seperti tidak berbaloi nak sewa keseluruhan lot tersebut untuk teruskan perniagaan di sana, jadi kami ambil keputusan untuk tutup saja.

“Selepas itu baru-baru ini kami dah buka dua cawangan baru Kopi & XOXO di lokasi yang lebih sesuai iaitu di Bangi dan Taman Tun Dr Ismail.

“Secara logiknya kalau tak mampu bayar takkanlah kami boleh buka lagi dua kafe,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Jurassic World versi Bahasa Melayu yang diadakan Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Nora lagi, buat masa ini dia agak sibuk dan banyak menghabiskan masa di kafe bekenaan.

“Banyak habiskan masa dekat kafe sebab nak promosikan kafe berkenaan, saya dan rakan kongsi yang lain akan bergilir-gilir berada di dua cawangan tersebut.

“Alhamdulillah, setakat ini pelanggan di dua loaksi ini amat memberangsangkan berbanding di Bangsar dulu.

“Ketika di Bangsar, di sebabkan lokasinya tidak bersesuian, pelanggan kami menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat letak kereta.

“Untuk Raya nanti kafe kami akan ditutup sementara dan dibuka semula seminggu selepas Raya,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nora merupakan antara salah seorang selebriti tempatan yang terlibat dalam alih suara filem Jurassic World dan membawakan watak sebagai Claire.

Jurassic Park bakal disiarkan dalam versi Bahasa Melayu pada 6 Julai depan sempena Hari Raya Aidilfitri bermula jam 9.00 malam di HBO (saluran 411) dan HBO HD (saluran 413).

Selain Nora, selebriti yang terlibat ialah Fahrin Ahmad, Izzue Islam, Nabil Ahmad, Hisyam Hamid, Farah Fauzana, Bront Palarae, Akhmal Nazri dan ramai lagi.