Carilah Sejam Yang Bermakna Dengan Yang Tersayang

20 Jun 2016. 11.14 AM
3,133
Gaya Hidup
Carilah Sejam Yang Bermakna Dengan Yang Tersayang

Jadual kerja yang padat kadang-kala membuatkan kita terlupa tentang masa yang perlu diluangkan bersama keluarga dan orang yang tersayang.

Kesibukan bekerja juga menyebabkan kita tidak sedar betapa pantas masa berlalu sehingga mengabaikan waktu kualiti yang sepatutnya digunakan untuk merapatkan hubungan sesama insan.

Bagaimana agaknya jika diberikan masa lebih satu jam dalam sehari, dari 24 jam menjadi 25 jam untuk mengingatkan diri sendiri supaya meluangkan masa bersama insan-insan tersayang di sekeliling kita?

Kita tidak sedar bahawa satu jam mampu merubah segalanya dan pelbagai perkara yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Antaranya bersahur bersama produk makanan sejuk beku yang segar daripada Kawan Food seperti Roti Paratha, Pastri Lapis, Naan dan banyak lagi.

Apa yang lebih penting ia mudah untuk dihidang, menjimatkan masa dan menyihatkan kerana tidak ditambah bahan pengawet.

Lebih bermakna  lagi, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga disamping menyihatkan.

Bayangkan jika anda sekeluarga bersama-sama di dapur menyediakan hidangan Kawan Food! Itu tentu akan menjadi kenangan dan memori paling manis bersama!

Saksikan video Sejam Yang Bermakna di bawah dan anda akan faham apa yang cuba kami sampaikan.

Selamat menonton!


Artikel Berkaitan


Komen