Azwan Kombos , Ezzaty Terbuka Mengenai Perkahwinan

21 Jun 2016. 1.01 AM
41,789
Hiburan
Azwan Kombos , Ezzaty Terbuka Mengenai Perkahwinan

Pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah mengakui lebih terbuka berkongsi mengenai persiapan perkahwinan mereka kepada umum.

Menurut Azwan atau nama sebenarnya Mohd Al Azwan Kombos, peminat mempunyai hak untuk mengetahui cerita yang baik daripada pelakon kegemaran mereka.

“Tinggal dua bulan sahaja lagi tarikh perkahwinan kami serta mula berkongsi demi sedikit kepada umum tentang persiapan dan sebagainya.

“Tambahan pula status kami berdua sebagai seorang selebriti, rasanya tidak boleh bersikap pentingkan diri terutamanya dengan peminat.

“Saya akui waktu bertunang mungkin kami tidak uar-uarkan kepada umum, tetapi bila dah buat keputusan untuk berkahwin kita perlu bersikap adil dengan para peminat. Cuma setakat ini tarikh sahaja yang belum kami kongsi kerana tunggu beberapa perkara penting,” katanya kepada Astro Gempak.

Sementara itu menurut Ezzaty, dia dan Azwan pada awalnya merancang untuk merahsiakan perkahwinan daripada pengetahuan umum, namun hasrat tersebut dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

“Sebenarnya saya dan Azwan memang tidak bersedia pun untuk bercerita kepada umum terutamanya peminat tentang perkahwinan kami.

"Tetapi selepas dinasihatkan rakan-rakan  rasanya lebih baik kami beritahu sahaja untuk elak perkara yang tidak elok berlaku,” katanya.

Tambah Ezzaty lagi, dia bersyukur tidak mengalami banyak halangan atau dugaan sepanjang persiapan perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah boleh katakan 100 peratus persiapan dah siap cuma kad kahwin dan fitting baju sahaja belum lagi. Benda lain banyak kami selesaikan dalam masa dua minggu sahaja.

“Saya bersyukur kerana tiada masalah atau dugaan yang berlaku antara kami. Cuma kekangan masa sahaja, sebab bila saya free, Azwan pula yang sibuk dengan kerja. Jadi agak sukar untuk selesaikan banyak perkara dengan cepat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ezzaty dan Azwan tidak menafikan ramai pihak tampil untuk menaja perkahwinan mereka.

“Ramai juga yang bersedia untuk taja kami, dan kebanyakan mereka hubungi kami menerusi media sosial.

"Bagaimanapun kami terpaksa tolak dengan baik kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada penaja, sebaliknya kami bayar separuh atau sepuluh peratus kerana perniagaan dan usaha mereka membantu merancang perkahwinan kami.

“Tidak adil rasanya bergantung 100 peratus dengan penaja. Rasanya bukan saya sahaja yang berpendirian begini tetapi mana-mana artis pun akan buat begitu,” katanya.

 Azwan dan Ezzaty ditemui ketika Majlis Sidang Media dan Berbuka Puasa filem Anak Mami Nasi Kandar di Intekma Resort, Shah Alam, baru-baru ini.


Artikel Berkaitan


Komen