Siti Nordiana Pengsan Remy Ishak Datang Rumah

21 Jun 2016. 3.01 PM
163,209
Gaya Hidup
Siti Nordiana Pengsan Remy Ishak Datang Rumah

Pelakon Semanis Honey Siti Nordiana pengsan kerana terkejut Remy Ishak berkunjung ke rumahnya.

Bagaimanapun ia sekadar gimik program Masaklah Kau yang akan bersiaran pada malam ini.

Menerusi program masakan tersebut, Siti Nordiana yang lebih selesa disapa Nana, dilihat sangat bertemu empat mata dengan pelakon pujaannya itu.

Sebelum Remy sampai ke rumahnya, Nana perlu menyediakan juadah berbuka puasa dengan mengunakan tiga sahaja iaitu kicap, udang kering dan nasi impit.

Nana kelihatan agak 'blur' pada mulanya kerana tidak tahu menu apa yang boleh dimasak menggunakan tiga bahan diberikan.

Akhirnya krew Masaklah Kau memberi cadangan kepadanya untuk memasak Lontong Goreng.

Tanpa membuang masa, Nana mula memasak dan  memasukkan semangkuk besar cili padi kisar kerana mahukan lontong yang pedas berapi.

Mampukah Remy menghabiskan Lontong Goreng Pedas Berapi disediakan Nana? Semuanya bakal terjawab dalam Masaklah Kau yang akan bersiaran pada jam 9.30 malam ini di Astro Prima (108) dan Maya HD (132).

Muat naik Suudu App di App Store dan Google Play untuk mendapatkan resepi terkini untuk juadah berbuka puasa mahupun sahur.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta  Suudu Facebook/OfficialSuudu.


Artikel Berkaitan