Sempena kedatangan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba, rangkaian saluran Astro menyajikan lebih 200 program istimewa sebagai hidangan penonton sepanjang sambutan Aidilfitri ini.

Program-program yang bakal disiarkan turut merangkumi 119 buah program baru yang bakal ditayangkan di 28 rangkaian saluran Astro menerusi platform televisyen, radio dan digital.

Mengangkat tema Berikan Masa, pengisian kandungan daripada pelbagai genre telah diaturkan sempena Syawal ini.

"Bagi merancakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini, pengisian kandungan daripada pelbagai genre berbeza seperti koleksi filem box-office termasuklah filem tempatan dan antarabangsa, sajian program hiburan dan muzikal tanpa henti, barisan drama dan telefilem terhebat.

“Tidak lupa juga program berunsur lawak dan komedi serta program kanak-kanak yang menceriakan, termasuklah program dalam bentuk definisi tinggi dan kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif telahpun disusun untuk siaran secara langsung tanpa henti sepanjang musim perayaan ini,” kata Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

Bakal ditayangkan bermula 3 Julai ini, seleksi program Raya Astro ini turut boleh dinikmati menerusi perkhidmatan Astro on the Go dan juga On Demand pada bila-bila masa.

Antara koleksi filem box-office yang bakal menghiburkan para penonton termasuklah Polis Evo, The Journey, Suamiku Encik Perfect 10, Bajrangi Bhaijaan, Cinta Paling Agung dan banyak lagi.

Bagi peminat drama bersiri siaran Astro, jangan lupa untuk menyaksikan spin off drama bersiri kegemaran anda dalam versi istimewa Syawal. #BerikanMasa anda untuk menonton drama seperti Akadku Yang Terakhir Syawal, Dia Semanis Honey Raya, Cinta 11 Syarat Raya, Tuan Anas Mikael: 5 Hari Beraya, Sha, Shah & Syawal, Assalamualaikum Cinta Raya dan Tersuka Tanpa Sengaja Raya.

Sajian program muzikal tanpa henti seperti Ola Raya, Gegar Vaganza Raya, Meletop Raya, Meletop Kebaboom Raya, Juara Parodi, Nyanyi Bersama, Musika Radja & Hyperact, Kilauan Emas Otai Di Aidilfitri dan sebagainya juga akan merancakkan lagi pengisian program Syawal Astro.

Saksikan drama bersiri dan telefilem istimewa yang bakal disiarkan pada Hari Raya ini seperti Rumi dan Jawi, Mark & Ana, Bocey Mencecey, Sepahtu Cinta Plastik, Tragedi Duit Raya, Bila Artis Balik Kampung dan banyak lagi.

Turut memeriahkan lagi seleksi program Aidilfitri, program-program bercorak hiburan untuk tontonan sesi keluarga. #BerikanMasa untuk menonton Aku Raya, Kau Raya, Barulah Raya!, Kembara Hadith Open Mic @ Jakarta, Alif & Geng Lumba Balik Kampung, Oops! Raya Pening Lalat, Eat Clean With Anis (Istimewa Raya), Akak-Akak Sangat Raya dan Bonda Bonding Raya.

Peminat program komedi juga harus #BerikanMasa dengan menyaksikan pelbagai rancangan yang bakal disajikan seperti Ini MLM Raya, Sembang Teh Tarik Kaw: Johan, Bocey & Friends serta koleksi filem-filem P. Ramlee.

Program kanak-kanak yang menceriakan juga bakal menghiburkan penonton seperti Projek Ceria Popstar Raya 2016, Stawberi Karipap Sesat Kat Paris, Strawberi Karipap Hello Gold Coast dan Super Game Boy Geng Fixie.

Bagi menyemarakkan lagi samburan Hari Raya Aidilfitri bersama Astro tahun ini, Astro Radio menerusi ERA fm, Sinar FM, THG Gegar dan hitz.fm juga tidak ketinggalan mengudarakan program-program menarik khusus buat pendengar setia sepanjang musim perayaan.