Cara Buat Roti John Cheese Leleh Suudu

23 Jun 2016. 11.30 AM
61,341
Gaya Hidup
Cara Buat Roti John Cheese Leleh Suudu
Roti john merupakan juadah ringan yang sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia terutama pada bulan Ramadan.

Meskipun ia hanya hidangan ringkas yang menggunakan bahan asas seperti roti, telur dan daging namun tetap menjadi kegilaan dan mempunyai peminat tersendiri.

Bagaimanapun Roti John yang dijual di pasar Ramadan hari ini, sudah diperbaharui resepinya apabila keju dijadikan bahan tambahan untuk menarik minat ramai, lebih-lebih lagi apabila keju yang digunakan meleleh di bahagian luar roti.

Baru-baru ini Suudu telah berkongsi video mengenai Roti John Cheese Leleh di Facebook kami, apa kata anda cuba sendiri di rumah.

Resepi Roti John Cheese Leleh adalah seperti berikut:

Roti John Cheese Leleh Suudu:

Bahan-bahan
4 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 biji bawang putih dipotong dadu
Roti panjang untuk sosej
Kobis
Keju Cheddar
Kepingan keju
Mayonis
Garam, gula secukup rasa
Daging/ayam cincang

Cara Memasak
1.Tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, serbuk kari dan serbuk lada putih, garam secukupnya. Biar seketika hingga daging masak.
2.Setelah masak angkat dan letak inti ke tepi.
3.Pukul telur. Masukkan inti daging. Kacau sehingga sebati.
4.Belah atau potong roti kepada dua bahagian tetapi jangan bagi putus dihujung. 5.Sapukan permukaan roti dengan planta dan letak atas kuali leper seketika dan angkat.
6.Kemudian sapu sedikit minyak atas kuali leper, tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Taburkan keju parut cheddar diatasnya memenuhi permukaan inti.
7.Ambil roti yang dibelah tadi telangkupkan atas inti, masak sebentar inti tu.
8.Bila dah masak inti dan telur tu, balikkan roti seketika dan angkat.
9.Roti john yang sudah siap dimasak itu tadi disapu sos, mayonis dan letak kan kepingan keju serta kobis yang dihiris nipis di dalamnya.
10.Dipotong dan sedia dimakan

Selemat mencuba!


Teks & video: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen