Nas-T Minta Atita Haris Masak Makanan Berkhasiat Demi Kesihatan, Kekal Sado

23 Jun 2016. 3.41 PM
11,556
Gaya Hidup
Nas-T Minta Atita Haris Masak Makanan Berkhasiat Demi Kesihatan, Kekal Sado

Dj Meletop Kebabom, Nas T selalu meminta isterinya, Atita Aris memasak makanan berkhasiat demi menjaga kesihatan dan susuk tubuhnya yang sado.

Nas-T bagaimanapun tidak menghalang isterinya untuk mengambil makanan lain (selain makanan kesihatan),  tetapi tidak menggalakkan pengambilan yang terlalu kerap kerana mahu ibu beranak satu itu kekal sihat, cantik dan langsing.

Sementara itu, Atita yang pada mulanya agak kekok untuk menjamah makanan kesihatan, akhirnya boleh menerima hidangan seumpama itu kerana sudah menjadi kebiasaan.

Episod  ke-12 Resepi Memikat Suami (RMS), menampilkan Atita menyediakan dua jenis menu berkhasiat iaitu Ayam Panggang Oat dan Kek Lobak, sebagai pemanis mulut.

Menariknya, kedua-dua hidangan ini dimasak tanpa menggunakan gula dan Atita juga menggantikan beras biasa dengan beras perang yang lebih sihat dan tidak mengandungi kandungan gula.

Kek Lobak juga merupakan percubaan kali pertama Atita untuk diberikan kepada suami dan puteri kesayangannya, Opie.

Mampukah Atita menyediakan Kek Lobak yang sempurna kepada Nas-T dan Opie? Jangan lupa saksikan RMS jam 6.30 petang ini di Astro Ria dan Ria HD.

Dapatkan resepi penuh RMS di aplikasi SUUDU dalam telefon pintar yang boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.

Anda boleh klik di ruangan TV Show; Resepi Memikat Suami, yang bertindak selaku one stop centre untuk segala resepi yang menarik dan ringkas.


Artikel Berkaitan


Komen