Pengalaman menikmati hidangan lazat di Tony Roma’s adalah momen yang sukar dilupakan terutama bagi peminat tulang rusuk.

Tekstur daging yang lembut, dengan rasa lemak dan manis rempah yang diperap sempurna membuatkan anda terbuai dengan keenakkannya.

Bahagian luar tulang rusuk turut dipanggang sempurna sehingga terasa kerangupannya pada setiap gigitan.

Meskipun daging pada bahagian rusuk dikatakan paling liat untuk dimakan, di Tony Roma's dagingnya lembut dan mudah dimakan kerana menggunakan daging kambing muda yang berusia kurang setahun.

Terbaru, Tony Roma’s muncul dengan lima perasa sos terbaik tulang rusuk dalam satu menu atau hidangan yang diberi nama TR Beef 10 Platter.

Lima jenis perasa sos itu terdiri daripada Smoky Apple BBQ, Pepsi Cola BBQ, Sriracha BBQ dan Tennessee BBQ.

Terasa seperti raja ketika TR Beef 10 Platter dihidangkan di hadapan penulis. Mana tidaknya pinggan penulis dihidang mewah dengan 10 ketul tulang rusuk kambing, dan pada setiap dua bahagian diperisakan dengan lima jenis sos berbeza.

Cukup sempurna apabila ia dimakan sekali dengan kentang goreng serta coleslaw .

Daging tulang rusuk Smoky Apple BBQ mempunyai rasa lebih segar dengan gabungan jus epal dan sos BBQ sementara perasa Sweet Sarawak Black Pepper pula menerbitkan rasa yang lebih sensasi dengan rasa pedas sederhana.

Perasa Pepsi Cola BBQ juga akan membuatkan anda jatuh cinta kerana rasa masam-masam manis pada daging BBQ cukup sempurna!

Bagi peminat kopi, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk merasa sos Tennessee BBQ yang menggabungkan rasa kopi dan BBQ yang sangat lazat.

Perasa kelima pula adalah Sriracha BBQ iaitu sos BBQ yang mempunyai rasa pedas-pedas cili digabungkan bersama rasa BBQ.

Jika mahukan kemewahan, set TR Beef 10 Platter adalah yang terbaik. Dengan saiz hidangannya cukup berbaloi pada harga yang berpatutan, hanya RM168.43 termasuk GST.

Hidangan ini juga sangat sesuai dinikmati bersama tiga hingga empat orang, oleh itu apa kata anda bawa ahli keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka bersama di Tony Roma's Ramadan ini.

Menu istimewa ini hanya disediakan dalam masa yang terhad bermula 6 Jun hingga 31 Julai ini di cawangan Tony Roma’s seluruh Malaysia.

Ingin tahu resepi rahsia luma jenis sos istimewa pada TR Beef 10 Platter ini? Ikuti temu bual bersama chefnya, Mohamad Bashir Md Sukri menerusi video di bawah:

Teks oleh Syafiqah Jalal