TMJ, Isteri Dianugerah Puteri Sulung

25 Jun 2016. 8.34 PM
46,936
Hiburan
TMJ, Isteri Dianugerah Puteri Sulung

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri Che Puan Khaleeda Bustamam menyambut kelahiran anakanda pertama mereka pagi tadi.

Che Puan Khaleeda selamat melahirkan seorang puteri di Wad di-Raja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Berikut merupakan pengumuman yang dibuat menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers:

"Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda Bustamam atas keputeraan anakanda pertama baginda berdua iaitu seorang puteri pada 25hb Jun 2016 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda Bustamam dan puterinya kini berada dalam keadaan sihat walafiat. Allah Peliharakan Sultan."


Artikel Berkaitan


Komen