Keuntungan Bisnes Baju Raya Tampung Perbelanjaan Setahun- Mawi

28 Jun 2016. 11.00 AM
65,781
Hiburan
Keuntungan Bisnes Baju Raya Tampung Perbelanjaan Setahun- Mawi

Penyanyi Mawi mengakui perniagaan baju raya mampu menampung perbelanjaan sekeluarga selama setahun.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Aswami Ani, 35, keuntungannya berlipat ganda menjelang sambutan hari Raya Aidilfitri. 

“UneQuein kini ada dua cawangan iaitu di Kilang Bateri, Johor Bahru dan Bangi Sentral. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Keuntungan yang UneQuein perolehi bolehlah untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga selama setahun,” katanya kepada Astro Gempak.

Mawi ditemui sewaktu majlis berbuka puasa bersama Sony MusicCelcom dan Arteffect International di Hotel Parkroyal, Kuala Lumpur.

Tambah Mawi pengalaman berniaga di bulan Ramadan memberi peluang kepadanya mengatur strategi untuk mendapat keuntungan bersih.

“Saya dah berniaga di bulan Ramadan sejak dua tiga tahun yang lalu dan tidak dinafikan rezeki Ramadan ni lain.

Semua peniaga yang menjalankan perniagaan seperti saya juga akan rasa perkara yang sama. Selepas raya nanti, keuntungan tak sama macam bulan Ramadan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawi bakal muncul dengan sebuah lagu raya yang berjudul Bulan Raya bergandingan dengan penyanyi rap Daly dan Zila AF4.

“Insya Allah lagu Bulan Raya bakal dilancarkan pada minggu ketiga Ramadan. Ianya bergenrekan tradisional dan juga diselitkan juga muzikHip Hop. Idea untuk buat lagu ini sebenarnya dari Daly sendiri,” ujarnya.

Jelas Mawi lagi, dia percaya Bulan Raya bakal mendapat sambutan oleh para peminat dan pendengar walaupun lewat dilancarkan.

“Walaupun ia baru dirakamkan pada minggu kedua puasa, tidak bermakna lagu ini tidak berkualiti. Istimewanya lagu ini ialah, feel nak berhari raya tu dapat dirasai," katanya.

Mengulas mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, seperti kebiasaan Mawi akan menyertai Baraan pada hari raya pertama.

“Sambutan sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. Cuma seperti biasa pagi raya, saya akan sertai Baraan atau orang panggilMarhaban dari rumah ke rumah. 

"Baraan selalunya bermula selepas solat sunat Aidilfitri, dan saya bersama rakan sekampung akan pergi sekurang-kurangnya 30 buah rumah.

“Masa Baraan inilah yang paling menyeronokkan kerana dapat jumpa rakan-rakan lama di kampung. Lagipun ianya memang tradisi kampung sejak dahulu lagi,” katanya.


Artikel Berkaitan


Komen